My Followers *love*

Monday, March 14, 2011

Mimpi......mimpi.....

Pada suatu hari,ada seorang perempuan ini terlalu penat mengemaskan rumahnya yang amat bersepah kerana sudah seminggu tidak mengemas.Disebabkan dia penat,dia pun berehat.Tiba-tiba dia merasa sangat mengantuk,lalu dengan sendirinya matanya menutup.Dia juga bermimpi,dia seorang yang kaya.Pada suatu masa,dia membawa anak-anaknya pergi bermain taman yang berdekatan dengan rumahnya.Setelah penat bermain mereka pun balik ke rumah.Setelah sampai di rumah,tiba-tiba anaknya menjerit tidak berhenti-henti seperti terkene histeria.Suaminya terus memanggil ustaz,nasib baik pulih dengan cepat dan ustaz itu mengatakan jangan lagi bermain taman di situ lagi.Selepas ustaz itu balik,perempuan itu pun terus masuk ke bilik anaknya untuk temani anaknya tidur.Dalam keadaan dia menutup mata tiba-tiba ada seseorang mensergahnya lalu dia terkejut dan tersedar dari tidurnya.Rupa-rupanya anaknya yang mengejutnya untuk sambung kerja.

No comments:

Post a Comment